Tuesday, March 10, 2009

WJT2095 Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


Kereta Wira WJT2095 kesayanganku terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 9 Mac 2009 (Isnin), jam 11.30 malam di Kuala Lipis, Pahang semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Keretaku itu dipinjam oleh adikku untuk balik ke kampung kerana tiket bas telah habis sempena cuti Maulidur Rasul. Adikku balik ke kampung pada hari Jumaat (6 Mac 2009) jam 3.00 petang.

Alhamdulillah adikku dan beberapa orang kawannya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bonet depan keretaku kemek, tangki air bocor dan beberapa kerosakan kecil lain turut dialami. Mungkin ada hikmah disebalik ujian Allah ini. Mungkin aku lupa dan lalai dalam beberapa perkara agaknya. Astaqfirullahalazim .. maafkanlah hambamu ini Ya Allah.