Sunday, June 26, 2011

Karnival Perpaduan Daerah Sepang 2011

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Taman Putra Perdana, Sepang

Menghadiri majlis perasmian Karnival Perpaduan Daerah Sepang bersama En. Abdul Rashid Bin Abdul Malek (Timbalan Pengerusi) KRT Taman Ixora. Membawa bersama Muhammad Arif Haikal dan Muhammad Irfan Zikry. Karnival Perpaduan Tahun 2011 ini adalah anjuran KRT Taman Putra Perdana dengan Kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Sepang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, June 7, 2011

Majlis Makan Malam MAMPU 2011

Tarikh : 7 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Perbadanan Putrajaya, Presint 3

Membawa keluarga menghadiri Majlis Makan Malam MAMPU Tahun 2011. Majlis ini dianjurkan khas untuk semua warga MAMPU bagi merapatkan hubungan kekeluargaan diantara satu sama lain. Majlis pada malam itu disajikan dengan persembahan daripada semua bahagian di MAMPU. Bahagian eKL, MAMPU turut membuat persembahan (Apa dah jadi - Ali Mamak) dan saya turut serta menyertai persembahan berkenaan. Satu persembahan yang mendapat kerjasama dan komitmen daripada warga Bahagian eKL. Cabutan bertuah turut disediakan pada malam itu dan mendapat hadiah baucer membeli belah Jaya Jusco bernilai RM20.00. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, June 2, 2011

Perkelahan di Jeram Pasu, Pasir Puteh

Tarikh : 2 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Perkelahan di Jeram Pasu, Pasir Puteh

Membawa keluarga mandi dan berkelah di Jeram Pasu. Seronok melihat gelagat anak-anak mandi di kawasan perkelahan berkenaan. Walaupun air jeram berkenaan sejuk, Arif, Irfan dan Aiman tetap mandi dengan gembiranya. Bukannya selalu papa bawa mereka ke kawasan perkelahan sebegini. InsyaAllah, lain kali kita datang lagi yer.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.